Rumah Selangorku (RSKU) merupakan inisiatif perumahan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas memiliki rumah pertama mereka.
Skim ini bertujuan untuk menyediakan kediaman mampu milik khas untuk golongan berpendapatan rendah hingga sederhana, selaras dengan usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat di negeri Selangor.
Skim Rumah Selangorku diwujudkan khas untuk kesejahteraan rakyat, dengan matlamat utama berikut :
Memberi peluang kepada rakyat Malaysia, khususnya di Selangor, untuk memiliki rumah pertama dengan harga mampu milik.
Fokus utama diberikan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana—agar semua lapisan masyarakat dapat tinggal dalam rumah yang selesa dan selamat.
Perumahan yang disediakan bukan sahaja mampu milik, tetapi juga menyokong gaya hidup sihat dan mesra komuniti demi kebaikan rakyat keseluruhan.
Projek ini merupakan usaha berterusan kerajaan negeri Selangor untuk memastikan tiada golongan yang tercicir dalam memiliki aset kediaman, demi masa depan yang lebih stabil dan terjamin.
Permohonan hanya dibuka kepada individu yang memiliki taraf kewarganegaraan Malaysia.
Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika tarikh pendaftaran.
Pemohon tidak boleh mempunyai sebarang pemilikan hartanah kediaman di negeri Selangor.
Jumlah pendapatan bulanan gabungan antara pemohon dan pasangan tidak boleh melebihi RM14,500.
🔎 Tak pasti macam mana proses permohonan Rumah Selangorku? Klik sini untuk ketahui semua proses berkaitannya
Anda ingin memohon Rumah Selangorku?
Ketahui semua proses-proses berkaitannya;
Satu Langkah lebih dekat untuk memiliki rumah pertama sendiri. Daftar untuk semakan kelayakan dan mulakan proses dengan yakin.
Pilih projek mengikut bajet dan keperluan.
Permohonan akan disemak.
Dokumen penting perlu dimuat naik setelah menerima tawaran. Sediakan dokumen dengan teliti dan teruskan proses dengan yakin.
Surat tawaran akan diterima dan proses pinjaman boleh dimulakan. Pastikan pilihan pinjaman yang diambil sesuai.
Pindah ke kediaman baru apabila hartanah siap dibangunkan.